MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) berpendirian bahawa sekolah vernakular adalah institusi milik kerajaan kerana ia menerima dana yang diperuntukkan daripada belanjawan Persekutuan.
Oleh yang demikian, sudah menjadi tanggungjawab sekolah tersebut untuk menggunakan bahasa yang betul iaitu bahasa Melayu sebagai penggantar di dalam bilik darjah.
Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti MPM, Kamal Syukri Abdullah Sani berkata, perkara tersebut selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kami tetap berpendirian bahawa sekolah vernakular adalah sebuah sekolah kerajaan kerana telah dibiaya semuanya dari A sampai Z.
“Latihan gurunya, gaji guru, elaun dan bonus tahunan, latihan dalam perkhidmatan, peruntukan tetap tahunan, infrastruktur (semua dari kerajaan).
“Jadi kita beranggap ia adalah sekolah kerajaan dan seharusnya mematuhi segala peraturan yang ada sama ada pengurusan dan pentadbiran juga bahasa pengantar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Solidariti Martabat Bahasa Kebangsaan di perkarangan Istana Kehakiman, hari ini.
Baca artikel lain: SPR adakan mesyuarat khas hari ini tentukan tarikh penting PRN
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.
Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan penggunaan bahasa pengantar yang bukan Melayu untuk pengajaran di sekolah vernakular Cina serta Tamil bukanlah bagi tujuan rasmi, oleh itu tidak bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.
Mohd Nazlan membuat keputusan itu selepas menolak saman Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) yang memohon deklarasi bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan di bawah Perkara 152(1) mentakrifkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Susulan daripada itu, peguam yang mewakili kumpulan pendidikan Melayu dan Islam mengesahkan anak guamnya akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman difailkan mereka mengenai kewujudan sekolah vernakular.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla ketika dihubungi mengesahkan telah dimaklumkan pihak plaintif untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

