PENGEKALAN kadar dasar semalaman (OPR) yang dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahap 3.00 peratus disifatkan selaras trend penurunan kadar inflasi negara dan kekal stabil.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memberitahu, pengekalan kadar OPR itu juga sejajar dengan perkembangan ekonomi global.
Menurut MoF, tinjauan ekonomi global dipengaruhi risiko pertumbuhan global menjadi lebih perlahan berikutan dasar monetari kebanyakan bank pusat yang kekal ketat.
Pada masa sama, ia turut dipengaruhi pemulihan ekonomi China yang lebih perlahan daripada yang dijangkakan.
Namun begitu, MoF berkata, kerajaan yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang tahun ini disokong tahap pengangguran yang semakin menurun serta peningkatan aktiviti ekonomi khususnya pelancongan.
“Tambahan lagi, pelaksanaan projek kerajaan akan terus disegerakan untuk memacu kegiatan ekonomi.
Baca artikel berkaitan: BNM kekalkan OPR pada tahap 3.00 peratus
“Dengan tahap OPR semasa pada 3.00 peratus, dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi,” kata MoF dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyarankan supaya pihak bank segera menyediakan kemudahan penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman.
“Pihak bank hendaklah sentiasa peka kesusahan dihadapi peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Segera menyediakan kemudahan penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman mereka yang menghadapi masalah kewangan,” katanya.
Terdahulu, BNM membuat keputusan mengekalkan OPR pada tahap 3.00 peratus.
Keputusan tersebut dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) keempat tahun ini.
Dalam mesyuarat ketiga pada Mei lalu, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas pada tahap 3.00 peratus.
Sebelum itu, kadar faedah itu dikekalkan pada 2.75 peratus mulai November tahun lalu sehingga Mac lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

