Pintu masih terbuka untuk Khairy, tiada masalah untuk BERSATU jika ditolak – Muhyiddin

Dari Penulis

PRESIDEN BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan parti itu tidak pernah menutup pintu parti itu kepada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk menyertai mereka selepas dipecat dari UMNO.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, malah pihaknya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang mahu bersama dengan parti itu termasuklah Khairy.

Beliau menegaskan, meskipun tidak menjadi calon dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan didatakan tidak lama lagi, pihaknya mengalu-alukan dan menerima sesiapa sahaja yang menyokong BERSATU dan Perikatan Nasional (PN).

Mengulas mengenai Khairy atau lebih dikenali KJ, Muhyiddin mengesahkan pihaknya sudah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Kesihatan itu, namun pemimpin itu seolah-olah tidak berminat.

“Kita sudah berapa kali jumpa bincang tapi nampak dia (Khairy) mengambil sikap macam tak buat keputusan secara muktamad walaupun dia sendiri kata sudah muktamad.

“Saya sekarang ini tiada nak bagi tumpuan-tumpuan (pada) kes-kes tertentu, (jadi) terserah. Pasal kalau ikut sentimen dulu kita sedia terima dia, tapi kalau akhirnya dia (Khairy) tidak menyertai kita terpulang pada dia,” katanya memetik laporan BH Online.

BERITA BERKAITAN Khairy kata UMNO bakal ‘bungkus’ pada PRN

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Pejabat Presiden PAS di Marang hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui penyertaan Khairy dalam BERSATU memberi kesan baik kepada parti itu memandangkan beliau adalah tokoh dikenali dalam politik.

“Ada bagus (sekiranya dia bersama kita) pasal kita tahu dia (Khairy) adalah tokoh yang agak dikenali, tapi kalau tidak ada pun bukan makna ada kekurangan dari sudut gerak kerja kita dan pilihan raya, ” katanya.

Muhyiddin pada Mei lalu, mengakui menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy, sekiranya bekas pemimpin UMNO itu mahu menyertai parti itu.

Pengerusi PN itu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan dipecat daripada UMNO Januari lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This