Disaman Baby Shima, PU Syed anggap ujian Allah dalam usaha cegah kemungkaran

Dari Penulis

SUSULAN tindakan saman yang difailkan oleh penyanyi Baby Shima, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menyifatkan ia ujian daripada Allah terhadapnya dalam usaha mencegah kemungkaran.

Ujar PU Syed atau Syed Mohd Bakri,41, dia hanya mengetahui mengenai saman tersebut daripada pihak media yang menghubungi untuk mendapatkan kenyataan daripada pihaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima failkan saman terhadap PU Syed, Berpakaian sopan & bertudung, Baby Shima tahu hormati hari Israk & Mikraj! – “Lain kali datang dulu sebelum berkata-kata,”

“Saya pun baru tahu daripada wartawan yang menghubungi saya mengenai satu saman yang dinamakan terhadap saya oleh seorang artis. Bila saya ‘google’ (cari di Internet), ini hasilnya.

“Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa dalam kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.

“Para anbiya dan salafuna soleh ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak. Kita di akhir zaman ini, secebis dari itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka,” katanya menerusi entri di Instagram.

Menerusi hantaran sama, PU Syed turut menyelitkan tanda pagar #AdeAmbeTakut yang memberi bayangan dia tidak takut untuk berdepan dengan kebenaran.

Semalam, Baby Shima menerusi peguamnya, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi bertindak memfailkan saman ke atas PU Syed dan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor selepas mendakwa mereka mengeluarkan kenyataan fitnah.

Menurut Muhammad Noor Azfar, writ saman dan penyataan tuntutan oleh Baby Shima itu dibuat di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This