BERSIH gesa kempen PRN tumpu isu negeri

Dari Penulis

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa semua pihak supaya menumpukan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini kepada isu melibatkan negeri masing-masing.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann turut mengingatkan pengundi di semua enam negeri yang terlibat dengan PRN supaya bertanyakan calon tentang isu tempatan.

Menurut Thomas, isu tempatan banyak terkait dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kerajaan negeri.

Beliau berkata, isu penting yang perlu diteliti termasuk kutipan sampah, kerosakan jalan raya, pembangunan dan penyelenggaraan am.

Malah, kata beliau, calon-calon yang terlibat dalam PRN juga tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan isu di peringkat Persekutuan termasuk kestabilan kerajaan dan ekonomi negara.

“Justeru, bakal Yang Berhormat (YB) yang dipilih nanti akan menentukan siapa dilantik menerajui PBT yang banyak berurusan secara terus dengan rakyat,” katanya seperti dilapor BH Online.

Baca artikel berkaitan: Bantuan untuk belia Terengganu: Zahid langgar prinsip pilihan raya adil, kata Bersih

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran kempen #UndiLokal, hari ini.

Mengulas lanjut, Thomas turut menyifatkan PRN di enam negeri ini penting kerana buat pertama kali pemilihan kerajaan negeri dilakukan berasingan dan tidak dikaburi kempen di Pusat.

Kempen #Undilokal atau #Votelokal yang dilancarkan Bersih, bertujuan menggalakkan pengundi untuk keluar mengundi dan mempertimbangkan calon yang membangkitkan isu tempatan.

“Menurut data pilihan raya lalu, jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah di antara 60 dan 70 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu dipercayai kerana pilihan raya umum dan pilihan raya negeri dibuat secara serentak.

“Kami menjangkakan jumlah pengundi yang keluar mengundi kali ini sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja tanpa kempen #Undilokal,” katanya.

Beliau berkata, dengan kempen yang diadakan bersama rakan media kali ini, BERSIH menjangkakan jumlah pengundi yang keluar mengundi boleh mencecah sehingga 70 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This