Bantuan untuk belia Terengganu: Zahid langgar prinsip pilihan raya adil, kata Bersih

Dari Penulis

PENGUMUMAN bantuan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada belia di Terengganu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) melanggar prinsip pilihan raya yang adil, kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Bagaimanapun, kumpulan reformasi yang memperjuang pilihan raya yang adil itu mengakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga ‘tidak bersalah’ apabila menyatakan Zahid tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, adalah tidak adil bagi kerajaan persekutuan menggunakan sumbernya di negeri yang mengadakan pilihan raya.

Beliau berkata Bersih tidak boleh mengharapkan SPRM “untuk membuat garis panduan yang tidak terikat dengan undang-undang” bagi menangani isu seperti itu.

Katanya, pengumuman Zahid itu melanggar dua daripada tiga panduan pilihan raya Bersih, apabila meletakkan syarat-syarat untuk bantuan tersebut dan memberikan peruntukan sasaran kepada belia Terengganu sahaja, bukan untuk semua belia.

Fann berkata, terpulang kepada pengundi untuk menghukum tindakan seperti itu.

“Apabila parti dan ahli politik melanggar sebarang panduan untuk pilihan raya yang bebas dan adil, satu-satunya tindakan adalah terletak pada pengundi menilai penyalahgunaan sumber negara,” katanya memetik laporan FMT.

Ahmad Zahid pada Jumaat lalu mengumumkan pemberian geran sebanyak RM250,000 kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) Terengganu, RM200,000 kepada kelab motosikal di seluruh negeri, dan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Semasa acara tersebut, Zahid, yang juga pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO menyeru belia yang hadir untuk mengundi “gelombang biru dan merah” pada pilihan raya negeri bulan depan, dengan menambah bahawa jumlah peruntukan mungkin akan ditingkatkan bergantung kepada hasil undi pada 12 Ogos.

Pengumuman tersebut menimbulkan kritikan, dengan sesetengah pihak menyatakan ia merupakan “suapan” kepada pengundi di negeri tersebut.

Hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pengumuman itu tiada unsur rasuah kerana peruntukan yang dijanjikan kepada Terengganu adalah inisiatif peringkat persekutuan.

Azam berkata jika peruntukan itu diluluskan oleh kerajaan persekutuan maka “tiada elemen rasuah.”

Terdahulu, Fann memberi amaran kepada ahli politik ketika berkempen untuk mengelakkan mengeluarkan kenyataan seolah-olah meletakkan syarat untuk bantuan atau janji pilihan raya.

Beliau berkata mereka yang merayu undi harus ingat keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu bulan lalu yang membatalkan kemenangan PAS di Kuala Terengganu atas tuduhan pembelian undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas langgar pembahagi jalan di LPT2

SEORANG wanita putus kaki sebelah kiri sebelah kereta jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer...

More Articles Like This