PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat mengenai Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 7 Ogos iaitu Isnin depan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) itu susulan pengumuman Perdana Menteri bagi mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam, baru-baru ini.
Menurut JPA, ia merupakan inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia MADANI.
“JPA sedang memperhalusi cadangan yang dikemukakan kementerian, jabatan dan agensi.
“Usaha ini telah digerakkan mulai 26 Julai 2023 melalui beberapa sesi libat urus bersama kementerian serta agensi Kerajaan Persekutuan yang merangkumi enam kluster iaitu keselamatan, kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, teknikal serta pengurusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Ada keperluan perhalusi had umur persaraan
Mengulas lanjut, JPA memaklumkan telah membangunkan sebuah portal khusus bagi menerima input daripada seluruh penjawat awam.
Katanya, ia bagi memastikan cadangan penambahbaikan yang diterima bersifat terangkum serta inklusif.
“Segala cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui portal kajian SSPA menerusi laman sesawang https://semakansaraan.jpa.gov.my.
“JPA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan,” katanya.
Pada 14 Julai lalu, kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem itu dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

