Shuib bersedia lalui proses mahkamah yang panjang – “Saya tahu hal ini leceh tapi untuk dia, saya ada masa”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib teguh dengan pendiriannya untuk meneruskan saman terhadap pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama @Johndihani selepas memuat naik isu berbaur fitnah terhadap dirinya.

Shuib atau Shahmira Muhammad, saman tersebut dibuat selepas Johndihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi, 37, telah memadam permohonan maaf yang dimuat naik di Instagram sebelum ini.

“Pada tanggal 4 Julai, dia buat permohonan maaf di Instagram Stories. Kemudian, pada 10 Julai, peguam saya menerima surat daripada pihak peguam Johan Dihani menyatakan yang anak guamnya tak setuju dan menafikan apa yang telah dia keluarkan sebelum ini.

“Pada saya, situasi ini pun sudah berbelit-belit. Mula-mula dia minta maaf. Lepas dapat surat, dia menafikan,” katanya kepada URTV.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media isu saman fitnah terhadap pengguna media sosial di BubbleBee, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Selangor, hari ini.

Sementara itu, Shuib akui sudah bersedia untuk melalui proses perbicaraan di mahkamah yang panjang demi mendapatkan keadilan.

“Semasa saya buat sidang media sebelum ini, saya pernah menyatakan yang saya sudah bersedia untuk meluangkan masa untuk dia (Johan Dihani).

“Saya tahu hal ini akan menjadi leceh untuk turun naik mahkamah tapi untuk dia, saya ada masa.

“Mungkin dia yang minta hal ini berlaku. Peguam pun dah bagitahu saya yang hal ini akan jadi panjang. Saya okay,” tegasnya.

Ketika ditanya mengenai tindakannya memfailkan saman, kata Shuib, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu golongan artis khususnya diperlekehkan selain enggan netizen menyalah gunakan media sosial.

“Saya serahkan pada mahkamah untuk penilian. Saya teruskan saman ini bukan untuk individu tapi untuk orang lain juga sebab saya rasa penggunanan media sosial sekarang ini terlalu melampau penggunaannya.

“Sekurang-kurangnya, ia membuka langkah untuk rakan-rakan lain untuk tahu cara seterusnya jika jadi mangsa fitnah.

“Bila orang salah guna, orang lain yang tak bersalah pun jadi mangsa disebabkan lancang berkata-kata di media sosial.

“Kalau sebelum ini orang menulis di media sosial dengan sangat terbuka, saya lepas ini mungkin jadikan pengajaran. Harapnya lepas ini ada kesedaran menggunakan media sosial secara berhemah,” jelasnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Shuib, Syed Afiq Syed AlBakri dari Tetuan Zharif Nizamuddin memaklumkan surat tuntutan saman telah pun difailkan dan akan diserahkan kepada peguam Johan Dihani.

“Kami telah memfailkan satu writ saman dan telah difailkan semalam. Pada hari ini, kami telah menerima abstrak daripada mahkamah dan kami akan buat serahan kepada wakil defanden,” katanya.

Terdahulu Shuib mengambil tindakan terhadap dua pengguna media sosial selepas menuduh dia merupakan anggota sebuah organisasi Freemason selain seperti sengaja membiarkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin ditidurkan sekaligus meninggal dunia kerana jangkitan COVID 19 dua tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This