PRN: Kejayaan besar bukti PN wadah utama politik Melayu – Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEJAYAAN besar yang diraih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini membuktikan bahawa gabungan itu merupakan wadah politik utama bangsa Melayu. 

Pada masa sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan UMNO sudah tidak relevan lagi dalam arena politik negara apabila hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi sahaja. 

Kata beliau, itu bermakna UMNO telah kalah teruk iaitu 82 peratus daripada keseluruhan kerusi yang ditandingi. 

Menurut Muhyiddin, kejayaan PN mempertahankan Kelantan, Kedah dan Terengganu menerusi kemenangan besar turut membuktikan sokongan padu khususnya daripada pengundi Melayu. 

“PN juga telah melakukan perubahan utama khasnya di Selangor dengan memenangi 22 kerusi berbanding hanya lima yang disandang sebelum ini.

“Kesemua 22 kerusi itu adalah kerusi majoriti Melayu yang membuktikan PN mendapat sokongan besar pengundi Melayu khasnya di Selangor.

“Kejayaan memenangi 22 kerusi ini juga bermakna PN berjaya menafikan majoriti dua pertiga Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat mereka,” katanya dalam sidang media sebentar tadi. 

Baca artikel berkaitan: Hormati keputusan PRN dibuat oleh rakyat – PM

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, PN juga telah menampilkan prestasi hebat di Pulau Pinang. 

“Seperti mana dijangka gelombang sokongan pengundi Melayu di negeri itu telah membawa kejayaan besar kepada PN dengan memenangi 11 daripada 15 kerusi majoriti Melayu. 

“Ini adalah satu tamparan hebat kepada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh dimenangi calon PN,” katanya. 

Untuk rekod, PN menang 146 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) menang 80 kerusi diikuti BN sebanyak 19 kerusi.

PRN kali ini juga menyaksikan pentadbiran di keenam-enam negeri terlibat tidak berubah dan kekal dengan status quo.

Begitupun, PN berjaya meningkatkan jumlah kerusi di kubu kuat PH seperti Selangor (22 kerusi) dan Pulau Pinang (11 kerusi).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This