MB Perak nafi khabar angin berlaku perubahan pentadbiran

Dari Penulis

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan khabar angin bahawa kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.

Sebaliknya, beliau berkata kesemua 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas, sepakat untuk mempertahankan kestabilan kerjasama itu.

Pengerusi BN Perak itu berkata tindakan berterusan memainkan sentimen dan polemik politik tidak akan mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negeri, malah boleh menggugat kepercayaan pelabur.

“Oleh itu, saya menasihatkan semua pihak untuk berpolitik secara bertanggungjawab dengan tidak mencetuskan polemik yang tidak mendatangkan manfaat kepada negeri, sebaliknya ia hanya mengundang perpecahan, kekeliruan dan keresahan rakyat yang sudah muak dan letih berdepan episod pergeseran politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama ADUN kerajaan negeri, di Ipoh, hari ini.

Pada PRU15, PH dan BN bersetuju untuk bersama-sama membentuk kerajaan Perak selepas masing-masing mendapat 24 dan sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This