SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganugerahkan geran penyelidikan dengan jumlah mencecah RM4 juta.
Ketua Akademi MCMC, Khaneeza Khalid berkata, geran penyelidikan itu adalah di bawah Program Kerjasama Penyelidikan Rangkaian Media (NMRCP) dan Geran Kajian Masyarakat Digital (DSRG).
Menurut Khaneeza, kedua-dua program tersebut telah menjana lebih 50 projek penyelidikan yang telah siap sehingga kini.
“Kami akan terus menawarkan geran untuk tahun-tahun akan datang. MCMC juga ingin mengumumkan bahawa DSRG Cycle 2 telah dikeluarkan bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos ini.
“Kita terbuka untuk menerima seberapa banyak penyerahan penyelidikan anda,” katanya dalam majlis perasmian program Simposium MCMC 2023 di Putrajaya hari ini.
Baca juga: Masyarakat Digital antara topik tumpuan dalam Simposium Kajian MCMC 2023
Untuk rekod, Khaneeza berkata demikian ketika membacakan ucapan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang tidak dapat hadir ke program tersebut kerana berada di luar negara atas urusan rasmi.
Bertemakan ‘Membina Kesedaran dan Penyertaan Dalam Masyarakat Digital di Malaysia’, simposium itu mengumpulkan 11 panel yang terdiri daripada ahli akademik dari pelbagai universiti tempatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

