Pemuda UMNO desak siasat kesahihan ‘memo dalaman’ AGC kes IPIC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyiasat kesahihan dokumen didakwa ‘memo dalaman’ Jabatan Peguam Negara (AGC) oleh pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang bocor baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, AGC harus mengambil tindakan sewajarnya jika dokumen yang tular tersebut adalah sahih dan benar.

Menurut Muhamad Akmal, AGC perlu menarik balik enam pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Katanya, penarikan semula pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu selaras dengan rekomendasi dalam dokumen tersebut.

“Seandainya juga isi kandungan dokumen tersebut adalah sahih, Pemuda UMNO mendesak satu siasatan dibuat bagi menyiasat sama ada wujud salah guna kuasa dan kedudukan oleh individu tertentu yang bertentangan dengan undang-undang bagi memastikan kes pertuduhan diteruskan terhadap Najib.

“Bahkan, elemen pendakwaan politik seperti ini untuk memberi imej negatif dan mendatangkan kerugian tidak wajar berlaku.

“Negara juga telah mengalami kerugian dengan hanya memperoleh semula AS$1.8 bilion berbanding rundingan yang dipersetujui sebanyak AS$7 bilion antara pentadbiran Najib dengan pihak IPIC,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Dicop ‘budak Hisham’, Dr Akmal tegaskan jangan tuduh tanpa asas

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin menegaskan Pemuda UMNO mengambil serius berhubung isu pembocoran ‘memo dalaman’ itu memandangkan dakwaan pendedahan yang dicatatkan dalam dokumen tersebut mengandungi rumusan keterangan terperinci.

Beliau berkata, ia dengan jelas memberi kesan kepada kes enam pertuduhan terhadap Najib yang masih berjalan di mahkamah.

“Pemuda UMNO sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang. Undang-undang sedia ada di Malaysia ini bertujuan memastikan kebenaran dan keadilan sentiasa ditegakkan.

“Pemuda UMNO tidak akan bertolak ansur dan akan menentang tegas mana-mana cubaan daripada mana-mana pihak yang ingin menyalahgunakan undang-undang bagi kepentingan peribadi,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan pendedahan sebuah dokumen yang didakwa ‘memo dalaman’ AGC oleh pasukan pendakwaan IPIC sepanjang 12 muka surat bertarikh 10 September 2019.

Dokumen tersebut didakwa menyentuh berkenaan enam pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib dan Mohd Irwan Serigar.

Difahamkan, isi kandungan dokumen yang tular tersebut berbentuk rekomendasi daripada pasukan pendakwaan IPIC yang sebulat suara mengambil pendirian bahawa enam pertuduhan tersebut tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie.

Dokumen yang tular tersebut didakwa ditujukan kepada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This