Akmal perlu minta maaf kepada komuniti OKU dan Pemuda Sosialis DAP – Yee Vonne

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh digesa untuk melakukan permohonan maaf kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) secara terbuka.

Perkara itu menurut Ketua DAPSY Wilayah Persekutuan, Yap Yee Vonne perlu dilakukan selepas Muhamad Akmal mengeluarkan kenyataan yang kurang sentitif dan kasar ketika mengutarakan isu Jalur Gemilang baru-baru ini.

Menurut Yee Vonne, kenyataan Muhamad Akmal bukan sahaja biadab tetapi merupakan satu penghinaan terbuka kepada komuniti OKU dalam negara.

“Selaku individu bergelar wakil rakyat dan pernah berkhidmat sebagai doktor perubatan sebelum ini, beliau sepatutnya lebih memahami golongan berkenaan. Adakah (Muhamad) Akmal cuba menyatakan bahawa golongan OKU kurang bernilai? Kurang layak? Kurang berkemampuan?

“Jika Akmal tiada apa-apa yang lebih hormat atau membina untuk diperkatakan, lebih baik diam sahaja. Sebagai seorang pemimpin, kata-kata anda mempunyai kesan yang besar. Kenapa memilih untuk mendefinisikan dan menghina keseluruhan komuniti dengan cara yang sebegini?

“Akmal mesti membuat permohonan maaf secara terbuka bukan hanya kepada pemimpin DAPSY tetapi kepada seluruh komuniti OKU,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Muhamad Akmal menerusi hantaran di Facebook beliau berkata, insiden Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson, Jumaat lalu disifatkan bukanlah isu politik sebaliknya soal patriotisme kepada negara.

Muhamad Akmal berkata, pemimpin yang mengeluarkan kenyataan bahawa isu tersebut tidak dipolitikkan sebenarnya telah mempolitikkan perkara berkenaan.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menegaskan, tindakan berat tetap perlu dikenakan ke atas pihak sekolah tersebut sekiranya benar individu yang memasang Jalur Gemilang terbalik itu merupakan OKU.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This