Polis Selangor tawar diskaun saman 50% sempena ‘PDRM Selangor Merdeka Ride and Carnival’

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

POLIS Selangor menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus bersempena program ‘PDRM Selangor Merdeka Ride and Carnival’ di Stadium Shah Alam, pada 26 Ogos ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata diskaun itu diberikan bagi semua jenis saman kecuali 10 kesalahan termasuk saman membabitkan kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), saman bicara mahkamah, berkaitan timbang berat dan potong barisan.

“Antara lain saman yang tidak diberikan diskaun ini adalah menggunakan lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, ubah suai ekzos dan saman Ops Selamat,” katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Menurut beliau, orang ramai boleh menampilkan saman yang dan mendapatkan diskaun di kaunter yang akan dibuka bermula jam 7 pagi sehingga jam 7 petang.

Lebih menggembirakan, Hussein turut memberitahu bahawa diskaun saman itu juga tidak memperuntukkan syarat had tahun bila sesuatu saman itu dikeluarkan.

Sementara itu, Hussein berkata karnival kayuhan bersama Polis Selangor sempena bulan kemerdekaan itu menyasarkan seramai 2,500 peserta dan sejak dibuka hari ini seramai 1,200 individu menyatakan komitmen untuk menyertai acara berbasikal itu.

“Kayuhan ini akan bermula daripada Dataran Shah Alam melalui bangunan SUK, Masjid Negeri, dan lain lain tempat ikonik di sekitar Selangor.

“Kita membahagikan kayuhan Merdeka ini kepada dua kategori iaitu kategori VIP membabitkan jarak 10 kilometer manakala kategori terbuka melibatkan jarak kayuhan sejauh 30 kilometer dengan yuran penyertaan RM70.

“Orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan acara ini dengan mengimbas kod QR yang disediakan dalam laman web rasmi PDRM Kontinjen Selangor mengenai karnival dan kayuhan merdeka ini,” ujarnya.

Selain itu, karnival itu turut mengadakan pameran kereta dan motosikal klasik, trak makanan, 80 cabutan bertuah membabitkan pelbagai hadiah menarik.

Katanya, karnival itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti jemputan seperti Hazama, Pablo Amirul, Saiful Apek dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This