Kembara Kenali Borneo peluang kepada Agong, Permaisuri selami hati rakyat Sabah, Sarawak

Dari Penulis

KEMBARA Kenali Borneo memberikan peluang kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merasai pengalaman menyelami warisan pelbagai budaya dan agama di Sarawak.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata kerajaan negeri telah mengatur pelbagai program untuk Seri Paduka berdua melawat pelbagai kumpulan etnik semasa kembara itu.

“Baginda berdua akan melawat semua kumpulan etnik di Sarawak seperti Melayu, Iban, Bidayuh, Cina, Orang Ulu termasuk Kedayan dan Penan ketika kembara dari Lawas sehingga Telok Melano, yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Sept ini.

“(Kembara) ini merupakan peluang terbaik untuk Sarawak memaparkan kepelbagaian kaumnya dan mempamerkan Sarawak sebagai suri teladan bagi seluruh negara untuk toleransi beragama dan keharmonian kaum,” katanya dalam kenyataan di Kuching hari ini.

Beliau berkata dalam kembara itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga akan berpeluang beramah mesra dengan rakyat daripada segenap lapisan dan merasai sendiri pengalaman hidup mereka.

BERITA BERKAITAN Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri bertemu Didi dan Taburi di Sepilok

“Seri Paduka berdua turut berpeluang melihat sendiri keperluan asas penduduk luar bandar seperti jalan raya, jambatan, jeti dan gerai-gerai di tepi jalan,” katanya.

Mohamad Abu Bakar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur kembara Seri Paduka ke Sarawak, menekankan bahawa kerajaan Sarawak akan menyertakan beberapa program rasmi sepanjang baginda berdua berada di negeri ini.

“Namun, kunjungan kali ini hanyalah santai, bermakna ia tidak begitu rasmi kerana Seri Paduka berdua ingin bertemu rakyat jelata,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Abu Bakar berharap pemimpin persekutuan yang lain akan mencontohi Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang bertemu rakyat di peringkat akar umbi.

“Bagi saya, apa yang Seri Paduka berdua lakukan kini mesti dicontohi pemimpin persekutuan lain untuk berhubung dengan rakyat di Sarawak,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This