WANITA yang dikenali sebagai Umisya Mazlan mendakwa anak gadis Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim terus mendedahkan perbuatan remaja itu.
Terbaharu, Misya memuat naik video di laman sosial X yang memaparkan bekas suaminya, Ahmad Aslam nekad mahu berubah selepas sedar perbuatan yang dilakukannya itu salah.
Menerusi video itu, lelaki tersebut turut menyakinkan Umisya dan keluarganya bahawa dia telah cuba untuk berubah namun gagal kerana masih diganggu gadis berkenaan.
Malah, lelaki itu terus menyalahkan anak Abby Abadi dan Norman Hakim kerana masih mencarinya dan mengakui tidak mampu melawan kelemahannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu anak jadi penyondol, Abby Abadi biarkan netizen komen dulu – “Nanti saya jawab”, Anak gadis pasangan selebriti didakwa jadi penyondol, umur baru 18 tahun tapi dah pandai ‘check-in’ hotel!
“Aslam tak boleh. Sekarang nak main nama Allah, orang dah tak percaya.
“Aslam nak minta maaf pun dah tak guna dah.
Tapi Aslam boleh cakap, lepas apa yang jadi, Aslam dah nekad untuk berubah.
“Boleh tanya Misya. Satu bulan lebih macam tu. Dia datang balik kejar-kejar Aslam.
“Aslam tak boleh…Aslam pernah cakap, kelemahan Aslam ialah tak boleh nak lawan kelemahan sendiri,” katanya menerusi klip video yang dikongsikan Misya di X.
Dalam pada itu, Misya menyifatkan bekas suaminya tiada belas kasihan terhadap dua cahaya matanya.
Malah, bekas suaminya itu turut tidak menjaga hati serta perasaannya yang ketika itu masih bergelar isteri.
“Ahmad Aslam bekas suami yang tiada ihsan dan sedikit terdetik kasihan pun dekat anak-anak dan isteri.
“Bersumpah janji dengan nama Tuhan untuk mempertahankan dosa yang dibuat,” ujarnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa.
Wanita terbabit menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.

