Raja Muda Selangor takluk Kilimanjaro, kumpul dana tubuh pusat jagaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania, semalam.

Kejayaan ekpedisi menawan puncak tertinggi benua Afrika itu dimaklumkan menerusi Facebook Selangor Royal Office.

Dalam hantaran tersebut, ekspedisi berkenaan dicetuskan sendiri Raja Muda Selangor itu bagi mengumpul dana menubuhkan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.

Menurut hantaran tersebut, pusat penjagaan itu adalah bagi kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan bantuan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

“Pendakian baginda ke puncak setinggi 5,895 meter itu, diiringi sepupu baginda, Engku Panglima Setia Diraja Datuk Syed Haizam Jamalullail, kekanda ipar baginda, Datuk Setia Aubry Rahim Mennesson serta Orang Besar Istana, Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan baginda, Keong Yeen Keoh.

Baca artikel berkaitan: Polis sahkan iklan guna nama, gambar bekas Mufti Selangor palsu

“Antara penggerak utama misi meraih dana menerusi ekspedisi ini yang bermula pada 31 Ogos lalu adalah berpunca daripada kos rawatan tinggi yang terpaksa dihadapi keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.

“Ini termasuk anak perempuan kepada Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia 3 tahun,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sebagai rekod, pada 2012, ekspedisi hampir sama iaitu pendakian ke Gunung Kinabalu, Sabah turut disertai Tengku Amir Shah bersama 23 kanak-kanak OKU dari Cheshire Home.

“Kepada yang ingin membantu menyumbang kepada misi dana ini boleh melakukannya di https://www.simplygiving.com/speech-and-hearing-aid-centre-yprtu,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This