POLIS menjalankan siasatan berhubung penularan satu akaun TikTok palsu yang menggunakan gambar profil dan nama milik Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan daripada Pejabat Istana Selangor mengenai penularan akaun TikTok tersebut, semalam.
Menurut Hussein, pihak Pejabat Istana Selangor mendapati akaun TikTok tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan disahkan palsu.
“Mana-mana individu dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat mana-mana akaun media sosial yang melibatkan institusi diraja.
Baca artikel lain: Lelaki tular pakai baju-T logo polis sudah beri keterangan
“Ia bagi mengelakkan mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan gambar dan video peribadi kerabat diraja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Hussein memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Katanya, sekiranya sabit kesalahan, individu boleh dihukum dengan penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya di bawah akta berkenaan.
“Selain itu, kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

