Himpunan di KL pada 16 Mei tidak hormati sambutan Hari Malaysia – Saifuddin

Dari Penulis

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  menyifatkan tindakan memilih tanggal 16 Sept ini untuk mengadakan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’, sebagai tidak menghormati sambutan Hari Malaysia, yang signifikan dan sarat dengan semangat saling hormat dan kepatuhan kepada undang-undang.

Beliau berkata, pemilihan tarikh itu, jelas menunjukkan rasa tidak hormat terhadap amalan hidup toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama di negara ini.

“Mereka juga tidak menghormati kelompok daripada rakan-rakan kita di Sabah, Sarawak, yang mana tarikh itu amat penting sekali kepada mereka. Sebaiknya jangan pilih 16 Sept kerana itu tarikh sambutan Hari Malaysia,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) maklum mengenai perhimpunan itu dan akan bertindak mengikut undang-undang.

Media melaporkan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang dijadualkan Sabtu ini, akan bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This