Proses undi perwakilan Parlimen Belia akan dirombak tahun hadapan – Johari

Dari Penulis

PROSES pengundian ahli-ahli perwakilan Parlimen Belia akan dirombak secara besar-besaran tahun hadapan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata ia berikutan keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang bersetuju untuk menyerahkan program itu kepada pihak Parlimen untuk diuruskan.

“Parlimen Belia akan dijadikan program inkubator untuk melahirkan barisan kepimpinan generasi muda yang berketerampilan.

“Kita ingin melihat anak-anak muda yang berkebolehan, berketerampilan, berpendidikan dan mempunyai wawasan untuk sama-sama menyumbang dalam Parlimen Belia. Kita berharap Parlimen Belia akan menjadi satu lonjakan untuk belia insya-Allah menjadi Ahli Parlimen pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama-sama Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia 2023 hari ini.

Baca artikel lain: Isu pemecatan tidak dibincang dalam mesyuarat MT UMNO

Dalam masa sama, menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept, Johari turut menggesa semua pihak untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam meningkatkan daya saing negara dengan mengetepikan individualisme dan bersama-sama menjiwai semangat kenegaraan.

“Dalam memaknai Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia wajar ditekuni melalui lima prinsip Rukun Negara dan cita-cita yang terkandung dalam tekad itu.

“Sesungguhnya, semangat kenegaraan yang terlahir daripada kesatuan dan kesepaduan rakyat akan membina negara bangsa yang ampuh serta melonjakkan kemampuan daya saing Malaysia di arena global,” katanya.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak, Sabtu ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This