PM tiba di Turkish House untuk pertemuan bersama Presiden Turkiye

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Turkish House di Manhattan untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di luar Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

Menurut pegawai, antara tajuk perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu ialah berkaitan usaha mencari jalan untuk menangani Islamophobia di peringkat global.

Bulan lepas Anwar memberitahu media bahawa beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Erdogan menerusi perbualan telefon, dan mereka bersetuju untuk melihat kemungkinan memulakan suatu pergerakan dan melakukan sesuatu bagi mengatasi serangan terhadap Islam, terutama Amerika Syarikat dan Eropah.

Baca artikel lain: Malaysia sedia beli peralatan ketenteraan daripada Turkiye – PM

Selepas pertemuan dengan Erdogan, perdana menteri dijadualkan bertemu dengan Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi, diikuti dengan Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe.

Ini merupakan kemunculan pertama Anwar sebagai perdana menteri di perhimpunan tahunan itu dan beliau dijadual menyampaikan Pernyataan Negara Malaysia di Perbahasan Umum di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu pada Jumaat (22 Sept).

Anwar diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This