MALAYSIA telah menyatakan komitmennya terhadap konflik berpanjangan yang berlaku di Palestin, selain usaha menangani masalah Islamofobia.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perkara tersebut merupakan dua di antara tiga isu utama yang dibangkitkan selain permasalahan etnik Islam Rohingya.
Jelas beliau, isu tersebut dibangkitkan ketika beliau diberi kesempatan untuk menyampaikan kenyataan di Mesyuarat Koordinasi Tahunan Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Ujarnya lagi, mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri Mauritania, Mohamed Salem Ould Merzoug.
“Saya telah menyampaikan kenyataan Malaysia mengenai isu-isu berkepentingan di dalam OIC dan umat Islam yang sentiasa keutamaan di dalam membentuk dasar luar Malaysia.
“Pada masa sama, dalam ucapan ini juga saya mencadangkan empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh OIC agar kekal relevan dengan isu semasa yang berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Malaysia bakal buka semula kedutaan di Baghdad
Empat perkara tersebut adalah OIC mesti bekerjasama menghapuskan Islamofobia, selain memberi tekanan secara konsisten agar Palestin menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Turut disentuh adalah OIC memerlukan garis tindakan yang lebih kuat untuk melindungi Al-Quds al-Sharif dan Masjid Al-Aqsa serta menggesa ASEAN mencari jalan menangani isu teras konflik Rohingya.
Dalam hantaran berlainan, Zambry berkata, Malaysia mengesahkan komitmen mencari jalan mempercepatkan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030,
Perkara itu dinyatakan ketika beliau menyertai Mesyuarat Preparatory Ministerial Meeting for the Summit of the Future.
“Saya juga menggesa negara anggota supaya lebih berkesan dan inovatif dalam menangani cabaran global melalui multilateralisme yang semakin menjadi cabaran.
“Malaysia menggariskan kepentingan melalui rundingan terbuka, inklusif dan telus serta mengambil kira kebimbangan negara membangun, yang membentuk majoriti dunia.
“Berdasarkan prinsip Malaysia Madani, pastinya dasar seperti nilai sejagat kemampanan, ihsan dan belas kasihan…menjadi peranan yang membina dalam proses kehidupan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

