KEPUTUSAN sama ada UMNO akan bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) hanya akan dibuat selepas parti menilai semula kekuatan yang dimiliki.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini UMNO menumpukan usaha mengukuhkan parti dan masih memiliki baki empat tahun lagi sebelum PRU-16 berlangsung.
“Insya-Allah matlamat utama kita 2027 selewat-lewatnya bulan Mei 2027 kita perlu mengadakan PRU-16. Di situ nanti kita nilai diri kita.
“Di situ nanti kita pastikan sama ada kita dah kuat sangat ke, boleh berdiri sendiri ke, atau perlukan rakan ke ataupun tidak,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: 1 PPS dibuka di Perlis, jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ‘Sembang Santai’ anjuran Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di Felda Chemomoi, malam tadi.
Dalam pada itu, Mohamad mengakui, UMNO tidak mempunyai kekuatan ketika ini dan memerlukan rakan kerjasama.
Sementara itu, beliau ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan menegaskan, PRK amat penting kerana ia merupakan medan pertempuran kecil untuk mengendurkan kekuatan musuh.
“Kita dalam proses memperkasa parti, setiap PRK merupakan medan tempur kecil kerana peperangan sebenarnya PRU-16.
“Jadi kalau kita menang setiap pilihan raya, boleh mengendurkan musuh, itu satu perkara mesti dilakukan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

