SPRM serbu pejabat peguam Muhyiddin, cari dokumen kes menantu

Dari Penulis

PEGAWAI penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat peguam yang mewakili Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Menurut sumber, 12 pegawai daripada badan antirasuah itu melakukan serbuan ke pejabat firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS).

Rosli Dahlan dilaporkan merupakan rakan kongsi RDS dan penasihat utama parti BERSATU dan presiden gabungan parti pembangkang diterajui Muhyiddin.

Serbuan itu dipercayai ada kaitan dengan siasatan dijalankan suruhanjaya terbabit terhadap menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang ketika ini masih berada di luar negara.

“Ya, ada serbuan. Mereka ambil dokumen berkaitan kes Muhammad Adlan, menantu Tan Sri,” kata satu sumber kepada media hari ini.

Semakan media dengan pejabat peguam yang diserbu SPRM turut mengesahkan tindakan itu, namun firma berkenaan enggan mendedahkan tujuan atau maklumat lanjut mengenai serbuan tersebut.

Sebelum ini, pegawai SPRM juga cuba menyerbu pejabat guaman Chetan Jethwani & Co, yang turut mewakili Muhyiddin.

Petugas sebuah lagi firma guaman yang turut diserbu SPRM itu, enggan mengulas mengenai tindakan terbabit.

“Kami tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat mengenai perkara itu,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dari SPRM atau Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, Azam berkata, pihak SPRM tidak mengetahui lokasi Muhammad Adlan berada sejak ahli perniagaan itu meninggalkan negara dan akan mendapatkan bantuan Interpol.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This