Kerani kolej vokasional didakwa sentuh kemaluan 5 remaja lelaki

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG kerani sebuah kolej vokasional dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini atas tujuh pertuduhan amang seksual fizikal terhadap lima orang remaja lelaki antara Februari 2022 sehingga September tahun ini.

Lelaki berusia 44 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary, pagi ini.

Mengikut tujuh pertuduhan itu, lelaki berkenaan didakwa melakukan amang seksual terhadap lima remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan menyentuh kemaluan mereka bagi tujuan seksual di kolej vokasional antara Februari tahun lalu sehingga September tahun ini.

Oleh itu tertuduh yang masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dihukum dengan hukuman sebat.

Baca: Bekalan air di Petaling, KL, Hulu Langat pulih sepenuhnya

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya menawarkan jaminan sebanyak RM60,000 bagi kesemua pertuduhan itu.

Nurul Faraheen turut mencadangkan syarat tambahan agar tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, tidak mengganggu mangsa serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Bagaimanapun peguam Nasrul Hadi Mat Saad yang mewakili tertuduh memohon jaminan dorendahkan kepada RM16,000 memandangkan anak guamnya itu perlu menanggung ahli keluarga selain gajinya yang rendah.

Mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hakim M. Kunasundary kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi kesemua pertuduhan itu dan bersetuju dengan syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman 21 Disember ini bagi sebutan semula kes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This