Pemandu lori maut kemalangan empat kenderaan menghala Lembah Beringin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 406.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dibantu BBP Tanjung Malim telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.40 petang tadi.

Beliau berkata, laporan awal mendapati kemalangan tersebut melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori, Proton X70, Proton X50 dan sebuah Ford Ranger.

Baca artikel berkaitan: Polis sahkan penumpang BMW maut tercampak dalam kemalangan di MEX

“Terdapat dua mangsa iaitu seorang wanita tidak mengalami kecederaan manakala seorang lelaki yang tersepit di bahagian pemandu lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kesemua mangsa yang lain selamat dan berjaya keluar daripada kenderaan masing-masing sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian tersebut telah menyebabkan lori berkenaan terbabas dan hampir terbalik di tepi lebuh raya.

Susulan kemalangan tersebut, trafik menghala ke arah selatan dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin turut dilaporkan perlahan kira-kira tiga kilometer.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This