SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membenarkan dana sebanyak RM10 juta yang dibekukan dalam akaun Aman Palestin disalurkan untuk penduduk di Gaza.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hantaran di media sosial berkata, bantuan dana RM10 juta itu termasuk kepada penduduk lain di Semenanjung Arab adalah penting dengan kehadiran musim sejuk.
Menurut Dr Mahathir, sebelum ini pihak Aman Palestin telah menyediakan RM10 juta untuk membantu rakyat Palestin, Yaman, Syria dan Lubnan mengurangkan kesengsaraan dihadapi mereka.
Malangnya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Aman Palestin kini telah disiasat oleh SPRM dengan akaun pula dibekukan sehingga bantuan RM10 juta itu tidak dapat disalurkan.
Dr Mahathir menjelaskan, SPRM boleh terus melakukan siasatan tetapi dana tersebut perlu dibenarkan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
“Saya amat risau dengan keadaan di Gaza dengan kedatangan musim sejuk.
Baca artikel lain: Setahun pentadbiran Anwar, Tun Mahathir beri markah 20 peratus
“Penderitaan akibat daripada kekejaman Israel kini akan bertambah lebih berat lagi dengan musim sejuk yang sudah melanda penduduk Palestin,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, SPRM boleh menghantar pegawai bagi mengiringi wakil Aman Palestin yang diamanahkan untuk menyalurkan dana tersebut.
Tegas beliau, sekiranya SPRM tidak berbuat demikian, agensi tersebut dilihat turut sama mendera rakyat Palestin yang sedang menderita akibat kekejaman Israel.
SPRM membekukan 41 akaun Aman Palestin dan beberapa syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah lebih RM15 juta.
Isnin lalu, Aman Palestin memberi tempoh tiga hari kepada SPRM menyah-beku akaunnya atau berdepan tindakan perundangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

