PETI undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman sedang menjalani pengiraan dengan calon PAS, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sedang mendahului dengan majoriti 20,861 undi.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada peti-peti undi yang sudah dibuka setakat 7.51 malam, Ahmad Samsuri memperolehi 37,469 undi.
Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pula mendapat 16,608 undi.
PRK Parlimen Kemaman diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan penyandangnya, Che Alias Hamid dari PAS pada 26 September lalu.
Keputusan itu dibuat selepas Hakim Anselm Charles Fernandis mendapati wujud unsur rasuah dalam kempen PAS di kawasan Parlimen terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu.
Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi dengan menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (BN), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

