DATUK Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman sesuatu yang sudah lama diimpikan.
Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu menjelaskan, ianya mampu menjadi penghubung dalam menyampaikan isi hati rakyat kepada kerajaan memerintah.
“Mempertahankan kemenangan ada liku-likunya, mengisi kemenangan pasti lebih mencabar.
“Kejayaan semalam adalah sebuah kemenangan yang diimpikan kerana ianya antara jambatan kita untuk terus teguh menyampaikan suara rakyat.
“Sesungguhnya amanah ini berat dan takkan mampu dilakukan seorang diri tanpa kalian,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lai: KPM ikut garis panduan jika calon SPM terjejas banjir – Fadhlina
Ahmad Samsuri pada masa sama meminta kepada rakyat supaya menasihati serta menegur sekiranya beliau lari dari landasan dan berbuat kesilapan.
“Minta maaf dan terima kasih, daripada saya Ahmad Samsuri wakil Kemaman yang baharu, insya-Allah. Kepada para perantau yang dalam perjalanan pulang, semoga selamat sampai ke destinasi,” katanya lagi.
Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 37,220 undi hasil kiraan daripada 249 keseluruhan peti undi bagi PRK Parlimen Kemaman.
Beliau mendapat 64,998 undi, manakala lawannya dari Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 25,023 undi.
Majoriti diperoleh calon Pas kali ini jauh lebih tinggi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti 27,179 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

