IPSC 2023: Penembak Malaysia cemerlang, duduki tempat ke-92 di hari ke 2

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SETAKAT dua hari kejohanan Konfederasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Shotgun World Shoot 2023 berlangsung, penembak Malaysia berjaya mempamerkan prestasi memberangsangkan.

Ini selepas secara individu penembak negara menduduki tempat ke-92 manakala untuk berpasukan, Malaysia berada di kedudukan ke-16 bagi kategori Standard dalam kejohanan berlangsung di Pattaya, Thailand itu.

Ketua Pasukan Malaysia, Mohamad Hamdan Abu Bakar berkata, bagaimanapun beliau dan rakan-rakan lain masih mengambil pendekatan berhati-hati kerana apa juga boleh berlaku berbaki tiga hari lagi kejohanan berlangsung.

Ujarnya, penembak negara berdepan cabaran sangat sukar di IPSC Shotgun World Shoot 2023 kerana rata-rata yang mengambil bahagian merupakan jaguh-jaguh handalan dunia.

“Sepanjang dua hari ini ranking terkini adalah di tempat 92 daripada 504 penembak seluruh dunia dan masih berbaki tiga hari lagi.

“Masih berbaki lagi tiga hari macam-macam kemungkinan boleh terjadi,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Malaysia menghantar empat penembak handalan untuk menyertai kategori Standard pada kejohanan yang membuka tirai mulai Isnin lalu hingga 9 Disember depan.

Selain kategori Standard, kejohanan dunia itu turut menyaksikan penembak terbaik dalam kategori Standard Manual; Modifikasi dan Open.

Baca artikel lain: Mara gembleng usaha jadikan TVET kerjaya masa depan utama – Asyraf Wajdi

Berdasarkan laman web rasmi IPSC Shotgun World Shoot, kejohanan tersebut menarik penyertaan lebih 700 penembak dari seluruh pelosok dunia.

Antara negara tersebut termasuk Amerika Syarikat (AS), Itali, Kazakhstan, Poland di samping Malaysia dan negara tuan rumah, Thailand.

Mohamad Hamdan menambah, buat masa ini penembak Malaysia cuba untuk mengekalkan momentum dan memperbaiki beberapa aspek tembakan dalam usaha mendapat tempat yang lebih baik.

“(Kami perlu) sentiasa berhati-hati dalam mengatur strategi. Selain mempertingkatkan momentum dan memperkemaskan strategi,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This