Mara gembleng usaha jadikan TVET kerjaya masa depan utama – Asyraf Wajdi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) kini dalam usaha untuk memberi hala tuju baharu kepada program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya ia menjadi pilihan utama kerjaya pada masa hadapan.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara inisiatif yang sedang berjalan adalah jalinan kerjasama dengan organisasi dari Jepun dikenali sebagai OISCA.

Melaluinya, pelajar TVET lepasan Mara seperti Institut Kemahiran Mara (IKM), GiatMara dan Mara Japan Industrial Institute (MJII) dihantar belajar sambil bekerja dengan syarikat terkemuka Jepun selama tiga tahun.

“Sebelum ke Jepun akan diajar Bahasa Jepun untuk tempoh 6+2 bulan di Pusat Bahasa Jepun.

Baca artikel lain: Video Agus-Wahab, polis jumpa petunjuk baharu – KPN

“Sepanjang di Jepun dibayar elaun, ditanggung sepenuhnya termasuk penginapan dan apabila tamat dapat Diploma in Industrial Internship dari OISCA International & Industri.

“Insya-Allah ini antara inisiatif besar Mara dan antara hala tuju baharu untuk menjadikan bidang TVET bukan lagi pilihan kedua tetapi pilihan utama bagi anak muda,” katanya di Facebook, hari ini.

Katanya lagi, program ini terbuka namun memberi perhatian kepada golongan miskin dan luar bandar bagi mendapat kerjaya yang bergaji lumayan dengan kemahiran tinggi dalam bidang-bidang berteknologi tinggi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This