Semua wakil rakyat UMNO terus sokong Anwar – MKT UMNO

Dari Penulis

SEMUA wakil rakyat UMNO akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, ia antara ketetapan dibuat oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat di ibu pejabat parti di ibu negara malam ini.

Menurut beliau, sempena setahun usia Kerajaan Perpaduan Malaysia, MKT UMNO menegaskan pendirian parti untuk terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

“Mesyuarat juga memperakukan bahawa semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Ini sebagaimana yang diputuskan oleh MKT UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari 2023,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Yang turut hadir ialah Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Redzuan Yusof mendakwa lebih 10 Ahli Parlimen dari blok kerajaan, termasuk BN dan PKR akan menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baharu.

Mengulas lanjut Asyraf Wajdi berkata MKT UMNO pada masa sama menetapkan untuk memperteguhkan asas-asas kerjasama yang dipersetujui bersama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia melalui perjanjian yang telah dimeterai.

Beliau menjelaskan ini terutamanya berkenaan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Institusi Raja Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera; dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi.

“Bagi mempertingkatkan lagi kesefahaman dan kerjasama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri-negeri bermula Januari 2024,” katanya.

Sementara itu, Asyraf berkata bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasakan, UMNO pada 6 Januari, 2024 akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera.

Tambahnya, kolokium itu bakal membentangkan hala-tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk umat Melayu di negara ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This