Kejayaan gemilang JDT, Johor cuti khas peristiwa Ahad depan

Dari Penulis

KERAJAAN negeri Johor mengisytiharkan Ahad depan (17 Disember) sebagai hari cuti khas peristiwa susulan kejayaan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super buat kali ke-10 dan Piala Malaysia 2023.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata oleh itu satu sambutan meraikan peristiwa bersejarah itu akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri 8.30 malam, pada Sabtu depan, 16 Disember.

Menurut beliau, JDT telah melakar sejarah gemilang bola sepak negeri Johor apabila menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke-10 berturut-turut, suatu dekad dominasi kelab itu dalam kancah bola sepak negara.

“Menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan ini kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan Ahad, 17 Disember sebagai hari cuti khas peristiwa bagi seluruh rakyat Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Dr Azmi berkata pemberian cuti khas peristiwa selain bertujuan untuk meraikan kejayaan gemilang JDT, malah ia sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada pihak yang terbabit serta rakyat Johor sendiri yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada JDT.

“Keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa itu juga selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],” katanya.

JDT menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 dalam aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan JDT menyapu bersih empat piala yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak Malaysia selepas mempertahankan Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This