Chew Kin Wah terkilan bahasa Kantonis dianak tirikan industri tempatan

Dari Penulis

PELAKON Chew Kin Wah meluahkan rasa terkilan dengan industri seni yang semakin melupakan bahasa Kantonis berbanding bahasa Mandarin.

Menurut pelakon berusia 58 tahun itu, sepanjang bergelar anak seni, hanya sekali sahaja dia berpeluang untuk berlakon menggunakan bahasa Kantonis.

“Sejak saya mula berlakon, saya pernah terlibat dengan satu sahaja drama 250 episod berbahasa Kantonis sekitar tahun 2002 di Astro dahulu, selepas dari itu sudah tiada.

“Dah lama sangat industri kita ini meninggalkan bahasa Kantonis dan kini hanya menggunakan bahasa Mandarin sahaja.

“Macam bahasa Malaysia juga banyak dialek dan loghat yang ada begitu juga bahasa Cina tapi sayang tak dapat nak ketengahkan perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Kin Wah juga hairan mengapa terdapat stesen television yang lebih mementingkan bahasa Mandarin sedangkan ramai rakyat tempatan yang masih bertutur bahasa Kantonis.

“Saya pelik kenapa stesen TV nak guna bahasa Mandarin sedangkan ramai orang Cina Malaysia masih berbahasa Kantonis.

“Saya pernah diberi tawaran lakonan oleh satu stesen TV tapi saya diminta untuk bercakap Mandarin, tapi saya tak pandai. Baca pun saya tak boleh kalau Mandarin.

“Saya tak faham kenapa saya kena berlakon berbahasa Mandarin tapi bila balik rumah tengok TV cerita Stephen Chow dia berbahasa Kantonis,” kongsinya.

Aktor itu berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui URTV semasa sidang media pelancaran filem Rain Town di sebuah pusat beli belah dekat ibu kota, semalam.

Bercakap mengenai bahasa Kantonis, Kin Wah teruja dan berbangga dapat menjadi teraju utama filem Kantonis berjudul Rain Town arahan pengarah Melayu iaitu Tunku Mona Riza.

Ujar Kin Wah dia amat senang dapat pulang ke Malaysia dan menjalankan penggambaran di Taiping memadangkan dia kini lebih banyak menghabiskan masa di Indonesia.

“Saya terima tawaran ini sebab saya dapat balik Malaysia dan berlakon di Taiping, makanan pun sedap dan dekat dengan keluarga.

“Sebab sebelum ini saya banyak di Indonesia kerana berlakon disana,” kongsinya.

Filem Rain Town mengisahkan watak Choo lakonan Kin Wah yang suka bertaruh dan mengatur kehidupan anak-anaknya sehingga menimbulkan konflik dalam keluarganya.

Selain Kin Wah, Rain Town juga dibintangi barisan pelakon seperti Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 8 Februari 2024.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This