PAS menegaskan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Malaysia tidak boleh disamakan dengan usaha untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan, membangkitkan kesedaran tentang potensi kehilangan kedudukan politik umat Islam juga bukan satu tindakan menakut-nakutkan, tetapi sebaliknya merupakan tanggungjawab ummah.
Jelasnya, ia demi untuk menjaga kepentingan dan kedudukan umat Islam dalam politik, keharmonian pelbagai kaum serta sosial Malaysia.
“Siege mentality yang sebenar ialah rasa ketakutan golongan tertentu terhadap perpaduan umat Islam dan pandangan sempit bahawa kesinambungan pemerintahan oleh majoriti di negara ini bakal merugikan kaum bukan Melayu.
“Ini adalah pemikiran sempit yang tidak mewakili realiti sebenar politik dan sosial Malaysia.
“Pemikiran di sebalik inilah yang melahirkan idea mengenai kemungkinan Perdana Menteri bukan Melayu dan pengenalan semula pilihan raya majlis tempatan, yang sepatutnya tidak perlu ditimbulkan langsung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Banjir: Siap sedia pindah ke PPS jika diarahkan – Wan Rosdy
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan parti pembangkang yang cuba menakut-nakutkan orang Melayu sehingga mempunyai perasaan rendah diri.
Jelas beliau, antara tuduhan melampau yang dibangkitkan oleh pihak tersebut ialah negara kini dikuasai oleh orang Cina dan DAP.
“Baru-baru ini dibangkitkan tentang pinda Perlembagaan supaya seorang Perdana Menteri itu haruslah seorang Melayu.
“Pada saya, kalau anak-anak kita esok, 20 tahun akan datang mahu pinda, mereka boleh pinda… cuma sekarang tidak ada calon yang dikemukakan bukan Melayu sebagai Perdana Menteri. Jadi apa isu dia?
“Keduanya, pilihan raya pihak berkuasa tempatan. Memang kita bincangkan, ini sampai bincang pun tak boleh, pada saya boleh bincang.
“Tetapi setakat ini Jemaah Menteri belum buat sebarang keputusan, belum sampai lagi ke situ, belum dibincangkan,” katanya.
Mohd Amar menambah, tidak dapat dinafikan realiti politik menunjukkan bahawa perpecahan dalam kalangan Melayu-Islam memberi peluang kepada pihak lain untuk mendominasi secara tidak langsung.
Namun begitu, katanya, perkara itu tidak boleh dijadikan sandaran kerana sejarah membuktikan apa sahaja boleh berlaku di dalam politik.
“Contoh terkini di mana parti Islam yang menang paling banyak kerusi di pilihan raya umum tidak menjadi sebahagian dari kerajaan, malah dinafikan peruntukan sebagai pembangkang,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

