MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menzahirkan keyakinan bahawa isu Kampung Setia Jaya dengan TAR College Foundation akan dapat diselesaikan dengan baik setelah tertangguh lebih 30 tahun.
Perkara itu dikongsikan Dr Zaliha selepas mengadakan perjumpaan bersama wakil dari TAR Education Foundation, Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look.
Menurut Dr Zaliha, beliau mendapati rundingan isu tanah di Kampung Setia Jaya adalah satu perbincangan yang positif.
“Berdasarkan hasil perbincangan tersebut, pihak TAR Education Foundation secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan penduduk diselesaikan.
“Perbincangan turut memberi fokus kepada isu penggantian rumah kepada penduduk dengan solusi yang terbaik yang akan diperincikan dengan lebih lanjut,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X hari ini.
Baca juga: Pengurusan tanah perlu pengaplikasian digitalisasi sepenuhnya – Dr Zaliha
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, perbincangan susulan akan diadakan bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan dengan segera.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

