KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan tayangan skrin besar perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar di seluruh negara.
Dalam hantaran di Facebook KBS, tayangan skrin besar itu akan dimulakan dengan perlawanan pembuka tirai menentang Jordan pada pukul 1.30 pagi, 16 Januari depan.
Selain Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang akan menayangkan kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan melibatkan skuad kebangsaan, skrin besar bagi perlawanan pertama itu akan turut diletakkan di Laman MBPJ, Petaling Jaya dan Dataran Putrajaya, Presint 3 bagi Zon Tengah.
Bagi Zon Selatan, peminat tegar Harimau Malaya boleh bersama-sama memberikan sokongan di kawasan rekreasi Kampung Dato’ Onn, Jalan Cenderawasih, Larkin Jaya, Johor Bahru.

Peminat di bahagian utara pula boleh menyaksikan perlawanan tersebut di Padang Kota, Georgetown manakala Zon Pantai Timur di Aras Bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu.
Baca artikel lain: KBS ‘buka’ SNBJ, sediakan skrin besar tonton perlawanan Harimau Malaya

“Penyokong Harimau Malaya di Sabah dan Sarawak masing-masing boleh menonton perlawanan menentang Jordan itu di Padang Merdeka, Kota Kinabalu dan Kuching Amphitheatre.
“Buat penyokong Harimau Malaya, jom beramai-ramai ke skrin besar anjuran KBS sempena Piala Asia 2023. Jumpa anda di sana! Nantikan pengumuman dan kemaskini lokasi dari semasa ke semasa,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, lebih banyak lokasi akan menayangkan perlawanan kedua Malaysia menentang Bahrain pada pukul 10.30 malam, 20 Januari dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan melawan Korea Selatan pada 25 Januari pukul 7.30 malam.
Lokasi tambahan itu melibatkan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar; Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar; Taman Bandaraya (Youth Park), Georgetown dan Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di Zon Utara.
Di Zon Selatan pula, peminat boleh menyaksikan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi dan Dataran Pahlawan, Banda Hilir.
“Bagi penyokong di Zon Pantai Timur, skrin besar akan disediakan di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu dan Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1.
“Skrin besar akan turut diletakkan di Dataran Perbadanan Labuan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

