KFA nafi tuduhan rasuah, akan ambil tindakan undang-undang – Sanusi

Dari Penulis

PERSATUAN Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) menafikan tuduhan persatuan itu terlibat dengan kes penyelewengan atau pecah amanah melibatkan wang bernilai RM6 juta seperti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, wang berkenaan adalah sebahagian daripada pinjaman dan yuran yang dibayar oleh Tulangis Sdn Bhd (Tulangis) iaitu syarikat yang berminat untuk memiliki saham dalam Darulaman Football Club Sdn Bhd (DAFC).

“Pada 2020, Tulangis yang diwakili oleh Datuk Mohd. Hazarul Ifdaz telah menyatakan minat untuk memiliki saham DAFC. Atas dasar keterbukaan, rundingan berhubung tawaran pemilikan saham telah berlangsung.

“Tulangis telah bersetuju memberi pinjaman sebanyak RM5 juta sebagai komitmen bagi pembelian saham DAFC yang bernilai RM30 juta, yang mana wang itu telah didepositkan ke Akaun KFA pada tahun tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar melalui media sosial rasmi KFA hari ini.

Beliau berkata, rundingan seterusnya telah gagal mencapai kata sepakat setelah KFA mendapati Tulangis bermasalah, dan proses rundingan dihentikan serta merta.

Katanya, Tulangis kemudiannya menuntut pembayaran sebahagian pinjaman berjumlah RM1.3 Juta daripada jumlah RM5 juta berdasarkan kemampuan kewangan semasa KFA.

Menteri Besar Kedah berkata, dalam waktu yang sama, muncul Syarikat Berjaya Corporation Berhad (Berjaya), sebuah konglamerat besar yang mendakwa jumlah RM5 juta tersebut adalah wang mereka yang diberi kepada Tulangis bagi mendorong kelulusan mengadakan kerjasama untuk melaksana/menyambung konsesi rawatan bekalan air atas nama syarikat lain.

“Tidak timbul sama sekali kes penyelewengan atau pecah amanah sejumlah wang bernilai RM6 juta kerana jumlah pinjaman itu adalah RM5 juta,” tambahnya.

Katanya, Berjaya yang tidak pernah berurusan dengan KFA juga menuntut wang yang telah diberikan kepada Tulangis dan surat tuntutan tersebut disalinankan kepada KFA.

“Pihak yang melakukan penipuan adalah Tulangis dan yang tertipu dengan janji-janji projek adalah Berjaya. Pihak yang menjanjikan projek kepada Berjaya adalah Tulangis bukannya KFA,” katanya.

Tulangis juga katanya, berharap diberikan projek membangunkan litar lumba tetapi penilaian MBI selaku pemaju dan pemilik tanah terhadapnya menunjukkan syarikat itu langsung tidak mempunyai keupayaan.

“Kedua-dua syarikat iaitu Tulangis dan Berjaya tidak mendapat sebarang projek yang diharapkan walaupun telah memberi pinjaman kepada KFA.

“Memberi sebarang projek-projek berkaitan kerajaan negeri kepada pemiutang atau penyumbang adalah di luar kemampuan dan bukan bidang kuasa KFA,” katanya.

Beliau berkata, tiada penyalahgunaan, songlap, penyelewengan untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak dalam KFA melainkan sepenuhnya dibelanjakan untuk KFA.

“Dakwaan rasuah ini paling luar biasa di dunia dan boleh dianggap luar tabii. Kes disiasat kerana tidak memberi projek sedangkan kes rasuah biasanya disiasat melibatkan pemberian wang atau pemberian projek. Inilah plot yang dimaksudkan iaitu mengada-adakan hal yang tidak ada,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, mana-mana pihak yang cuba memberi gambaran bertujuan merosakkan reputasi KFA, Presiden atau pegawai-pegawainya berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM6 Juta juga akan berhadapan tindakan undang-undang secepat mungkin.

“Disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan sebagai bukti kecuali surat tuntutan bayaran pinjaman berjumlah RM1.3 Juta yang berada dalam simpanan pihak SPRM bagi tujuan siasatan,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This