Misi Harimau Malaya padam memori pahit Piala Asia 2007

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KALI terakhir Malaysia ke Piala Asia adalah pada tahun 2007, itu pun sebagai tuan rumah berkongsi bersama tiga negara lain iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Edisi tersebut memahat memori pahit apabila menyaksikan Harimau Malaya kalah dalam kesemua perlawanan.

Skuad kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih, Norizan Bakar juga menjadi satu-satunya pasukan yang gagal mendapatkan sebarang mata.

Selain itu, penjaga gawang, Azizon Abdul Kadir bolos 12 gol dan mengakui taraf kita berbeza meskipun menyepak bola yang sama.

Selasa pagi nanti sepak mula Kumpulan E bakal berlangsung, di mana Malaysia bertemu Jordan.

Di atas kertas, Harimau Malaya tidak pernah menang dengan negara itu, lima kali lawan, tiga kalah manakala dua lagi seri.

Namun rekod semasa The Chivalrous Ones mungkin boleh melegakan sedikit debaran ramai.

Baca artikel lain: Jordan waspada dengan ancaman Harimau Malaya

Sebelum kempen bermula, Jordan hanya memenangi tiga daripada 11 perlawanan kompetitif terakhir.

Lebih mengejutkan mereka mudah dibelasah juara empat kali Jepun 1-6 sebelum ke Piala Asia 2023.

Berbanding Malaysia, skuad jurulatih Kim Pan Gon berada pada prestasi baik dalam penyertaan buat kali ketiga.

Pengendali itu telah memandu skuad kebangsaan memenangi tujuh daripada 10 perlawanan terakhir.

Kejayaan mengikat China 1-1 mungkin boleh dijadikan kayu ukur kepada kekuatan dan peluang Malaysia dalam kejohanan ini.

Ramai pihak mula mengulas mengenai Malaysia, malah ada yang yakin kita ke pusingan 16 terakhir.

Penyokong tetap optimis kerana apa pun mungkin dalam dunia bola sepak moden, jika tidak pun dapat memadam memori pahit 2007 pun sudah memadai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This