SEORANG wanita warga Thailand yang sedang sarat mengandung berdepan detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) semalam.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang pegawai bersama dua anggota polis yang bertukar ‘kerjaya’ sebagai ‘bidan’ menyaksikan bayi tersebut dilahirkan dengan selamat.
Pegawai dan anggota polis itu kemudiannya mengawal lalu lintas sebelum menunggu kehadiran ambulans di lokasi kejadian.
Video kejadian itu dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook rasmi, hari ini.
Baca artikel lain: ‘Terima kasih abang polis bantu’, wanita hargai jasa polis iring hingga ke hospital akibat sesak nafas semasa kesesakan jalan raya
PDRM dalam hantaran itu memberitahu, insiden berkenaan berlaku semasa kenderaan peronda dinaiki Inspektor Mat Fauzi bersama Koperasi Shahril dan Koperal Hariz Zulfadli telah ditahan dan dimaklumkan tentang kecemasan tersebut.
Menurut hantaran itu, pegawai dan anggota polis itu kemudiannya bersetuju mengiringi kenderaan warga Thailand itu ke hospital berhampiran.
“Namun begitu, dalam situasi cemas terbabit, wanita itu telah selamat melahirkan bayinya di tepi lebuh raya sebelum dibantu oleh ambulans yang tiba kemudiannya,” katanya dalam hantaran tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

