SEORANG bekas pengurus harta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas satu pertuduhan memindahkan wang sebanyak RM40,000 hasil aktiviti wang haram ke akaun peribadinya, tiga tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Dicky Rahmat Abdullah, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memindahkan wang itu daripada akaun Maybank SA Elit Enterprise ke akaun Maybank miliknyadi Maybank Islamic Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur antara 8 September sehingga 9 Disember 2021.
Dicky didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat memohon agar kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana tertuduh telah dituduh di sana, semalam.
“Mohon mahkamah mengguna pakai jaminan yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin,” katanya.
Pada 14 Februari lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas 10 pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Sementara itu Peguam Diar Isda Yazmin yang mewakili tertuduh, tidak membantah permohonan pihak pendakwaan bagi memindahkan kes ini ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Hakim Azura kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan selain menetapkan tarikh sebutan sepertimana ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 3 April depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

