Pinda Akta Mesin Cetak: Saifuddin nafi untuk kawal media dalam talian

Dari Penulis

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pihaknya akan meminda Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 untuk mengawal media dalam talian di negara ini.

Beliau berkata memang terdapat perbincangan mengenai akta itu namun hanya membabitkan aspek untuk meningkatkan nilai kompaun berhubung pelanggaran atau salah laku.

“Pindaan berkaitan nak kawal media dalam talian langsung tidak ada dalam radar kami,” katanya pada sidang media hari ini sambil menambah setakat ini, tiada cadangan daripada mana-mana pihak untuk tujuan itu.

Saifuddin Nasution turut menafikan bahawa Kementerian Dalam Negeri menentang penubuhan Majlis Media seperti yang dilaporkan hari ini. 

Baca artikel lain: 3 pemimpin NGO bersih, tiada rekod berkaitan aktiviti keganasan – Saifuddin

“Saya terkejut bila mendapat tahu isu ini dan saya serta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Datuk Ruji Ubi) sudah lihat dan semak bahagian mana yang kita tidak bersetuju, dan tidak pernah ada pendirian kita tak setuju, itu tidak betul,” katanya. 

Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap penubuhan Majlis Media yang akan dibentang di Parlimen pada Jun depan. 

Media sebelum ini melaporkan rang undang-undang berkaitan penubuhan majlis itu sedang disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan dan seterusnya dibentang di Parlimen. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This