Polis siasat kenyataan Abdul Hadi sentuh institusi raja

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah pun menjalankan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kenyataan Presiden Pas itu bertajuk ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’ yang disiarkan pada 20 Februari lalu. 

Kenyataan tersebut didakwa ditujukan kepada beberapa pihak termasuk terhadap institusi Raja-Raja Melayu. 

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. 

Pada masa sama, kes tersebut turut disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

“Bagaimanapun, keterangan Abdul Hadi belum dirakam lagi setakat ini kerana beliau masih tidak sihat,” katanya.

Baca artikel lain: Sultan Selangor zahir rasa duka cita terhadap kenyataan Hadi Awang

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi itu bertajuk Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan pada 20 Februari lalu di portal berita pas.org.my.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani, baginda menzahirkan dukacita itu menerusi satu surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Februari.

Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This