Tiada jaminan Na’imah tak larikan diri jika pasport diserahkan kekal

Dari Penulis

PIHAK pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa tiada jaminan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid tidak melarikan diri sekiranya pasport antarabangsa dikembalikan kepadanya secara kekal.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata pihak pendakwaan bukannya ingin menyekat hak kebebasan Na’imah untuk mendapatkan pasport kerana beliau pada bila-bila masa boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan sementara pasportnya jika ingin ke luar negara.

“Apa jaminan tertuduh tidak akan melarikan diri?” katanya pada prosiding pendengaran permohonan Na’imah bagi menyemak perintah Mahkamah Sesyen yang menahan pasportnya selepas beliau didakwa gagal mengisytiharkan harta.

Peguam Na’imah, M.Puravalen pula berhujah bahawa hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam prosedur dan undang-undang semasa membuat keputusan untuk menyita pasport berkenaan.

“Ini kerana tiada alasan dikemukakan oleh pihak pendakwa raya untuk mewajarkan penyitaan itu, sekali gus menjadikan keputusan itu terkhilaf di sisi undang-undang dan tidak wajar dari segi prosedur.

“Penyitaan pasport pemohon tanpa sebab adalah melanggar hak perlembagaan pemohon untuk melancong ke luar negara, sebagai satu aspek hak kebebasan individu seperti yang termaktub di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Baca artikel lain: Permohonan Na’imah semak perintah mahkamah tahan pasport didengar 13 Mac

Mohd Fadhly Mohd Zamry pula berkata keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dalam menetapkan syarat tambahan iaitu Nai’imah perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah adalah tidak salah kerana ia selaras dengan peruntukan undang-undang.

Hakim Datuk Ahmad Bache kemudian menetapkan keputusan bagi permohonan itu pada 22 Mac ini.

Na’imah memfailkan permohonan pada 16 Feb lepas dengan mendakwa alasan yang kukuh harus diberikan Timbalan Pendakwa Raya untuk menahan pasport beliau dan adalah tidak wajar ia dibenarkan hanya disebabkan rutin atas permintaan pendakwaan.

Pada 23 Jan lepas Na’imah, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis agar mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Hakim Azura Alwi membenarkan Na’imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This