PELAKON Amerika Syarikat, Olivia Munn telah mendedahkan dirinya selamat menjalani pembedahan Mastektomi setelah didiagnosis dengan kanser payudara pada Rabu lalu.
Olivia Munn atau nama penuhnya Lisa Olivia Munn, 43, yang terkenal sebagai pelakon filem bagi X-Men:Apocalypse dan The Newsroom telah mengumumkan berita tersebut menerusi hantaran di Instagram.
Pengumuman tersebut dibuat beberapa hari setelah menghadiri Anugerah Akademi (Oscar) bersama pasangannya, John Mulaney.
Pelakon tersebut mengungkapkan bahawa kanser itu ditemui hampir setahun yang lalu setelah doktor mencatatkan ia berisiko tinggi terkena penyakit tersebut.
Doktor turut mencadangkan agar dia menjalani pemeriksaan tambahan yang dilakukan 12 bulan sebelum pemeriksaan berkala.
“Saya tidak akan mengetahui tentang kanser selama setahun lagi sehingga sampai pemeriksaan mamogram berikutnya,” katanya.
Selepas pemeriksaan biopsi, didapati Munn mempunyai kanser Luminal B pada kedua-dua payudaranya itu yang agresif dan mudah tersebar.
Walaupun keadaannya baik pada awalnya namun setelah tersedar dari katil hospital, selepas menjalani operasi selama 10 jam.
“Hasil biopsi menunjukkan bahawa saya menghidap kanser Luminal B di kedua-dua payudara. Luminal B merupakan jenis kanser yang agresif dan cepat merebak.
“Saya tiba-tiba berasa sihat sepenuhnya pada satu hari, tetapi keesokan harinya saya terjaga di katil hospital selepas menjalani pembedahan selama 10 jam,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, pelakon itu bertuah kerana mengetahui dengan cepat dan menyedari bahawa dia memiliki pelbagai pilihan untuk merawat penyakit tersebut.
Munn juga berharap agar setiap wanita yang menghadapi situasi serupa akan memperolehi peluang yang sama.
“Saya rasa bertuah kerana dapat mengetahui masalah ini pada waktunya, ini memberikan saya pelbagai pilihan.
“Saya berharap setiap wanita yang mungkin menghadapi situasi serupa suatu hari kelak juga memperoleh kesempatan yang sama,” ujarnya.
Sebelum ini, Munn telah berjalan di karpet merah menghiasi majlis Anugerah Akademi (Oscar) pada hari Ahad lalu di Hollywood, di mana Mulaney menyampaikan trofi dan kemudian menghadiri majlis selebriti yang penuh dengan Vanity Fair.

