Penamatan subsidi berjaya stabilkan harga ayam di pasaran – Mohamad Sabu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEPUTUSAN kerajaan untuk menamatkan subsidi dan mengawal harga ayam pada tahun lalu telah membolehkan harga sumber makanan tersebut stabil di pasaran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi serta trend semasa bekalan ayam dan harga di pasaran.

Jelasnya, hasil daripada pemantaun yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), harga ayam stabil sejak pendekatan itu dikuatkuasakan pada 1 November 2023.

“Harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil yang menyumbang kepada harga pasaran pada kadar munasabah.

“JPV telah memantau harga ayam di peringkat ladang secara bulanan dan hasil pemantauan menunjukkan harga ayam adalah stabil,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel lain: Kerajaan pertimbang guna kaedah pajakan untuk aset pengangkutan – Loke

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang ingin tahu adakah harga ayam naik mendadak atau menghadapi kekurangan bekalan di pasaran selepas pemansuhan subsidi dan kawalan harga serta sama ada subsidi telur gred A, B dan C akan diteruskan.

Kerajaan dilaporkan jimat sebanyak RM100 juta sebulan susulan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuatkuasakan.

Penjimatan ini membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai selain memperkasakan industri penternakan ayam.

Sementara itu, Mohamad berkata, subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C akan diteruskan dengan menggunakan mekanisme sedia ada.

Katanya lagi, sebarang perubahan dasar akan mengambil kira semua faktor khususnya trend bekalan semasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This