PERGERAKAN Pemuda UMNO mendesak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) supaya menaikkan kain rentang memohon maaf di setiap 881 cawangan mereka dalam tempoh masa dua hari.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, kegagalan pihak berkenaan berbuat sedemikian, Pemuda UMNO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas kedai rangkaian serbaneka tersebut.
“Sebelum ini tak dapat disiasat disebabkan tiada laporan polis, pada malam ini pemuda UMNO seluruh Malaysia telah digerakkan untuk buat laporan polis,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Sebelum ini, KK Super Mart tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah SWT di salah satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Baca artikel lain: Bayi maut dikelar ibu di Pasir Gudang
KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut.
“Kami kesal dan memandang serius akan perkara ini, untuk makluman, produk ini adalah konsainan daripada pihak vendor.
“Kami juga sudah berhubung dengan mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial tentang kewujudan stoking tertera kalimah Allah SWT yang dijual secara terbuka di rangkaian runcit tersebut.
Berikutan itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan KK Super Mart tidak peka dengan penawaran produk yang menyentuh sensitiviti orang Islam dan meminta pihak berkuasa menyiasat segera perkara tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

