Norman Hakim mohon maaf pada Abby Abadi, ambil tanggungjawab semua khilaf

Dari Penulis

ENGGAN persengketaan antara mereka berlanjutan, pelakon Norman Hakim menegaskan akan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan isu membabitkan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Menerusi ruangan komen di Instagram bekas isterinya, Abby Abadi, Norman turut memohon maaf atas semua kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini sehinigga mengheret perbalahan mereka sekeluarga.

“Okaylah, ampun maaf untuk yang kesekian kali untuk segala kelemahan, salah dan silap. 

“Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya.

“Seperti yang saya katakan, insyaAllah saya usaha yang termampu,” tulisnya.

Ujar Norman atau nama penuhnya Mohamed Nurhakim Zaidon,48,  dia bukanlah seorang yang gemar berkongsi hal peribadi secara umum tetapi disebabkan sukar menghubungi Abby, dia terpaksa berbuat demikian.

“Jarang saya nak komen secara terbuka tetapi kami tak ada akses untuk menghubungi awak.

“Dania kirim salam sayang untuk awak. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Norman sebelum ini meminta Abby untuk berhenti berkongsi secara terbuka mengenai kisah anak perempuan mereka, Marissa Dania Hakim yang bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand.

Sebaliknya, Norman berpesan kepada Abby untuk menyelesaikan isu tersebut secara tertutup bersama keluarga tanpa ada campur tangan pihak luar.

Malah, pada masa sama, Norman turut menafikan dakwaan Abby yang mengatakan dia bersikap lepas tangan selepas apa yang terjadi.

Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This