SETELAH meraih kejayaan lewat lagu Bunga Hati, kini penyanyi yang sedang meningkat naik, Salma Salsabil, kembali dengan karya terbaharunya berjudul Rumah yang dihasilkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.
Lewat lagu Rumah ini, Salma tidak hanya bertindak sebagai penyanyi, namun dia juga menjadi pencipta lagu. Malah, lantunan gitar akustik pada lagu yang bernuansa sayu ini juga dimainkan oleh Salma sendiri.
Rumah bercerita tentang rumah versi Salma, iaitu orang tua dan keluarganya. Di lagu ini, dia menceritakan tentang bagaimana dirinya merindukan rumahnya kerana tinggal jauh dari mereka demimeraih mimpinya sebagai penyanyi.
Sebelum itu, lagu ciptaannya ini sudah pernah dibawakan di panggung Indonesian Idol dan disambut dengan baik oleh banyak pihak kerana maknanya yang dalam serta dapat dirasai oleh banyak orang, terutama mereka yang sedang merindukan rumah mereka.
“Melalui lagu ini, aku ingin menyampaikan bahawa rumah bukan selalu tentang tempat. Rumah boleh jadi mereka yang menerima dan mencintai kita apa adanya, sehingga ketika bersama mereka kita.
“Jadi, meskipun di lagu ini rumah versi aku adalah orang tua dan keluarga, aku yakin semua pendengar di luar sana punya rumah versi mereka sendiri. Boleh jadi teman atau pasangan,” ujar Salma menjelaskan makna dari lagu ini.
Meskipun bukan termasuk kategori lagu religi, Rumah menjadi lagu yang cocok di suasana menjelang Ramadan dan mudik kerana tema lagunya yang lekat dengan keluarga dan bagaimana seseorang merindukan rumahnya.
Berbeza dengan single sebelumnya yang sangat rancak, susunan lagu Rumah di gubah sangat mudah dengan menyajikan dominasi suara gitar akustik yang dimainkan sendiri oleh Salma.
Susunan yang minimalis ini memang sengaja disajikan oleh Salma kerana dia ingin memberikan rasa yang mendalam terhadap pesan dalam tiap bait yang ada di lirik lagu tersebut.
Liriknya juga dibuat mudah dengan pemilihan kata yang senang untuk difahami. Hasilnya, anda dapat mendengar nuansa yang menenangkan saat terasa mendengarkannya.
Sebuah lagu yang sangat sedap untuk didengarkan secara berulang-ulang!
“Aku berharap lagu ini boleh menjadi soundtrack buat kalian yang sedang rindu dengan rumah kalian masing-masing.
“Dan, jangan lupa didengarkan secara terus-menerus,” katanya dengan penuh pengharapan.

