ISU amang seksual, pengantunan seksual dalam talian dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak menjadi tumpuan dalam pertemuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pertemuan dengan Yayasan Chow Kit (YCK) serta lebih sepuluh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain itu berlangsung di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya.
Jelas MCMC, intipati perbincangan antaranya melibatkan statistik kes-kes yang berlaku serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif di antara MCMC, PDRM dan NGO dalam usaha memerangi gejala pengantunan seksual dalam talian, jenayah seksual dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.
Sesi perbincangan itu telah diketuai oleh Ahli Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohammad Fauzi Md Isa; Ahli Suruhanjaya MCMC, Datuk Wei Chuan Beng; Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin; wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak, Superintenden Hirdawati Isa; Pengasas YCK, Datuk Hartini Zainudin serta Datin PH Wong, Pengarah Eksekutif Childline Foundation.
Turut hadir wakil daripada ECPAT Malaysia, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, UNICEF Malaysia, Protect and Save the Children (PSC), Monsters Among Us (MAU), Operation Underground Railroad (OUR), Global Shephers Berhad, Fakulti Psikologi dan Sains Sosial Universiti Cyberjaya, National Early Childhood Intervention Council (NECIC), Make It Right Movement serta Johore Women’s League (JEWEL).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

